Oleh yang demikian ada sesetengah bahagian daripada masyarakat yang mahu menyumbang tenaga untuk menangani masalah sosial ini, dan selebihnya tidak pun peduli. Ini adalah kerana terdapat pecahan masyarakat yang mengalami masalah sosial dan menderita kerananya sedang ada juga pecahan masyarakat yang gembira melihat sesetengah masyarakat terkena masalah sosial.
Masyarakat memberi reaksi berbeza mengenai masalah sosial. Oleh yang demikian, perbincangan tentang bagaimana sesetengah golongan dalam masyarakat Malaysia dianggap lebih berisiko untuk terdedah atau lebih cenderung mengalami masalah sosial berbanding sesetengah golongan lain akan diterangkan dalam penulisan ini.
Para pengkaji sosiologi secara amnya berkongsi pendapat bahawa wujudnya masalah sosial dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun, dalam pada masa yang sama mereka tidak sependapat dalam persoalan punca dan kaedah sesuai dalam menyelesaikan masalah sosial.
Seperti contoh, masalah penderaan kanak–kanak yang terjadi di Malaysia. Umumnya pakar pengkaji sosiologi bersetuju bahawa penderaan kanak–kanak sangat menyedihkan dan sepatutnya dibanteras secepat mungkin. Apa yang membezakan mereka adalah perkara yang melibatkan penentuan punca masalah dan kaedah penyelesaian yang sesuai. Ada di antara mereka berpendapat masalah akar adalah kemiskinan ataupun kurang pendapatan.
Walau bagaimanapun ada juga yang berfikir ibu-bapa yang sering mabuk dan tidak bertanggungjawab adalah punca utama masalah ini. Lain–lain pendapat seperti kurang pendidikan, pengangguran dan keretakan rumah tangga turut menuju ke arah penderaan kanak–kanak.
Perbezaan dalam mencari penyelesaian terhadap gejala tersebut juga terjadi di kalangan cerdik pandai ini. Ada di antara mereka menetapkan perlunya undang–undang yang keras bagi mengadili pendera kanak–kanak manakala yang lainnya berpendapat cara yang lembut lebih sesuai seperti mengadakan kaunseling dan sebagainya. Apapun pendapat sama ada dari cerdik pandai mahupun warga amnya masalah sosial adalah isu yang patut dibincangkan dan sepatutnya ia adalah agenda yang wajib diberi penekanan serius.
No comments:
Post a Comment