Hai Assalamualaikum ! :)
So, kali ni sis nak bagitau pasal isu tumpaham minyak kat LPT. Bahaya tu ! Jalan licin. Memandangkan sis pon guna laluan LPT ni time nak balik kampung, so sis pon kena laa share kat pengguna-pengguna LPT yang lain. Sharing is caring, right ? ;)
Tadi, time sis scroll twitter, terbaca laa pasal berita ni. Nah, boleh laa kamu-kamu semua baca. Sumber kat Berita Harian (BH).
------------------------------
Ketua Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Fazlyaton Hussein berkata, tindakan pihak terbabit menviralkan kembali gambar berkenaan sangat dikesali dan tidak bertanggungjawab.
"Kami ingin tegaskan bahawa gambar diviralkan di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp itu adalah gambar lokasi kejadian tumpahan minyak tahun lalu.
"Ada pihak yang mungkin ada niat tertentu menyebarkan kembali gambar sama sekitar April lalu dan kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
"ANIH Berhad sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna LPT dan meminta orang ramai yang akan menggunakan lebuh raya ini sepanjang musim perayaan Aidilfitri minggu depan mengikuti laporan rasmi dan perkembangan terkini trafik melalui akaun Twitter LPTTrafik dan FB Lebuhraya Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Difahamkan gambar bersama status mendakwa ada pihak menyimbah minyak dengan sengaja di LPT mula tersebar di FB, Jumaat lalu dan mula dikongsi pengguna laman sosial berkenaan.
So, apa pendapat korang pasal isu ni ? It's very concern to us right ? Ramai kot pengguna-pengguna LPT ni lagi-lagi time nak raya ni. Semua orang nak balik kampung beraya dengan family masing-masing.
As for me, tak kisah laa isu ni isu lama ke, isu baru ke, tapi isu ni boleh membahayakan pengguna LPT yang lain kot. Sebelum ni pon dah banyak kes-kes kemalangan yang berlaku di LPT. Mengenai dakwaan ada pihak menyimbah minyak dengan sengaja di LPT tu pon memang satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Daripada simbah minyak kat LPT, baik kau jual minyak tu. Dapat jugak hasil boleh buat belanja. Sis pon tak faham dengan sikap segelintir pihak yang tak bertanggungjawab yang sanggup buat kerja ni. Apa hak mereka berkelakuan seperti itu ? Apa pula hak pengguna jalan raya yang lain ? Tepuk dada, tanya hati.
Saya doakan semua pengguna LPT selamat sampai ke destinasi masing-masing. Berhati-hati di jalan raya. Jangan bawak kereta laju-laju sangat. Kalau mengantuk, berhenti ! Jangan paksa drive. Ingatlah orang yang tersayang ! :)
No comments:
Post a Comment