Thursday, June 30, 2016

Kebebasan Agama : Sikh pon tolong orang Islam ?

Assalamualaikum dan Hai semua !

Hari ni dah masuk hari yang ke-25 dah kita umat Islam berpuasa. Semua puasa penuh ke ? Haaaaa mesti ada yang lubang-lubang tuuu. Ihiks :P

Entry kali ni saya tertarik dengan isu rakyat Malaysia yang non-muslim yang turut bersama-sama agihkan makanan untuk pemandu Muslim dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa. Bagus kan dorang ? 

Isu ni saya jumpa kat sini. 

Perlis, Malaysia | 28 June  2016 | Asia Samachar |

Father-son pair of Perlis Rotarians were in the thick of action distributing packets of food for Muslim motorists on their way back to break fast in the Malaysian state bordering southern Thailand.


Father-son Sikh pair join distribution of food packets for buka puasa in Perlis

Jagjit Singh, a legal consultant and a volunteer policemen, and his son Taranjit Singh, took part in the activity that also attracted the presence of Perlis Menteri Besar Azlan Man.

“This is the first time we did it,” Taranjit, a final year physiotherapy student at Asia Institute of Medical, Science and Technology (AIMST), told Asia Samachar.

Breaking of fast in Malay is berbuka puasa.

The programme today was organised by the Perlis Manchester United Club along with eight non-governmental organisations (NGOs).


Taranjit, 26, is in charge of the youth in Rotarian Perlis.


Father-son Sikh pair join distribution of food packets for buka puasa in Perlis


So, apa pandangan korang pasal ni ? Bagi saya sendiri, ini menunjukkan rasa hormat dan keprihatinan orang non-muslim kepada orang muslim. Dalam erti lain, ia berkait rapat dengan isu kebebasan agama di negara kita. Rakyat Malaysia ni kan terdiri daripada pelbagai kaum, agama, keturunan, etnik iaitu orang Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain.

Namun, Malaysia berjaya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum ini malah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan negara kerana kemajmukan itu dijadikan sebagai sumber kekuatan negara. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kemajmukan itu menjadi batu asas kepada kemakmuran Malaysia.

Maka, rakyat Malaysia telah menerima kemajmukan (plurality) sebagai asas atau platform malah menjamin kebebasan agama kepada warga Malaysia agar rakyat berbilang kaum, keturunan dan agama dapat hidup aman damai.  Kebebasan agama juga didapati tercatit dengan jelasnya dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi teras pentadbiran kerajaan Malaysia. Malah bukan itu sahaja, kebebasan agama juga terdapat dalam Fasal 25 dalam Piagam Madinah. 




No comments:

Post a Comment