Hai Assalamualaikum ! :)
Bulan-bulan puasa ni korang pernah tak pergi beli makanan berbuka kat bazar ? Mesti pernah kan ? Takkan korang masak kat bilik kot. Kalau masak, tu dikira melanggar peraturan kolej tu. Haip ! Patut laa aras kat blok saya asyik blackout je. Hehe eh tak tak bukan marah awak laaa. Marah budak aras saya yang masak ni haaa.
Back to the topic, kalau beli makanan kat bazar, korang pernah tak beli makanan yang dah basi ? Tak pernah ? Pernah ? Kesiannyaaaa :(
Alhamdulillah setakat ni saya beli makanan kat bazar kat Shell Petronas tu, tak pernah lagi beli makanan basi. Beli makanan tak sedap pernah laaa. Hekhekhek ehhh Astaghfirullah tak bersyukur betoi Nabilah ni. Mujur ada makanan. Say what ? Alhamdulillah :)
Tapi kesian jugak kat orang yang pernah terkena beli makanan basi ni. Baca laa korang. Saya jumpa kat sini je.
HULU TERENGGANU: "Beli kue (kuih) basi, beli lauk basi, berat66 sungguhlah (teruk betul)".
Itu antara status yang dimuat naik seorang pengunjung bazar Ramadan di laman sosial Facebook kumpulan di daerah ini, setelah kecewa dengan sikap peniaga di bazar Ramadan Kuala Berang yang menjual juadah basi.
Status yang dimuat naik pengguna menggunakan nama Laksa Laksam pada Khamis lalu itu mendapat 176 'likes' dan turut menerima lebih 50 komen yang menyokongnya dan turut meluahkan nasib yang sama dialami mereka.
Pengguna Facebook Cik Nisa yang turut mengutarakan komen di status Laksa Laksam berkata beliau juga berasa terkilan apabila kuih yang dibelinya basi.
"Semalam beli kuih pun basi. Murtabak pun xsdap(tidak sedap). Ayam golek pun xtau(tak tahu) la ble (bila) punya. Mmg (memang) frust (kecewa) gak (jugak) la," katanya.
Seorang lagi pembeli, Meq Shaa berkata beliau terpaksa berulang-alik ke tandas kerana cirit birit setelah makan nasi yang dibeli dari bazar berkenaan.
"Mmg (memang) pun sy (saya) pun beli nasi lauk perangat (dihangatkan kembali) wase (rasa).....sari (sehari) sapa(sampai) ke subuh skit(sakit) perut kuo(keluar) toilet...mutoh (muntah) siap....bhaye (bahaya) molek (betul) jual makanan gtu(macam tu)...klu (kalau) kene (kena) ke budok kecik sian(kesian) la," katanya.
Seorang lagi pengguna, Aisyah Aziz turut memuat naik status pada hari yang sama meluahkan rasa kesalnya apabila air soya yang dibelinya turut basi.
"Beli air soya bazar basi..hok(yang) bila xtau(tak tahu)..kenat (khianat) nguh (sungguh)," katanya.
Status tersebut turut mendapat 150 'likes' dan 97 komen yang menyokongnya.
Semalam, seorang pengguna facebook Zainab Zainab turut memuat naik status apabila ketupat yang dibelinya untuk dibawa ke surau basi dan status tersebut dikongsikan anaknya Ameera Syahida di Facebook kumpulan daerah ini.
"Petang ni..beli ketupat sambal..pasar Ramadan..Nyer (Dia) campur hok (yang) basi ngn (dengan) molek..dah la kita beli byok (banyak) nk (nak) wat (buat) g(pergi) surau..watpe (kenapa) la..perangai manusia ni.tidak ikut hukum tuhan berjual beli...bertaubatlah ...lain kali jgn (jangan) la wat (buat) gni(begini) lagi," katanya.
Status tersebut turut menarik perhatian 112 pengguna Facebook.
Zuaya Zuwa berkata cerita makanan basi di bazar daerah berkenaan bukan perkara baharu malah hampir setiap tahun perkara serupa terjadi hingga membuatkan beliau serik untuk ke bazar berkenaan.
"Tiap2 (setiap) tahun mesti ada kes makanan basi kat Kuala Berang..tu lah (itulah) ambe (saya) dok (tak) minat gi (pergi) bazar ramadan..baik beli kg (kampung)..dah (sudah) lah murah," katanya.
Sementara itu, Matleq Dcni memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana bimbang perkara tersebut akan berlarutan disebabkan ramai pengguna yang terkena nasib yang sama.
"Aii ramai dh (dah) kene (terkena) nie..bru (baru-baru) ni (ini) ambe(saya) dah kena...rojak ayam...saing (kawan) ambe (saya) air soya..basi blake (semua)...ambik (ambil) tindakan la pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di bazar berkenaan sejak dua hari lalu mendapati terdapat lambakan lauk serta kuih muih yang tidak dapat dijual sesetengah peniaga walaupun sudah masuk waktu berbuka berikutan cuaca hujan.
Mungkin ada sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah dengan menjual kembali makanan yang tidak habis dijual itu pada keesokan harinya untuk mengelak pembaziran.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar kejadian yang pernah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas keracunan makanan akibat memakan ayam goreng di pasar malam di dearah ini dua tahun lalu, tidak berulang.
Masha Allah, sampai meninggal budak tu sebab keracunan makanan. Siapa yang patut dipersalahkan dan bertanggungjawab ? Penjual pon jangan ambil mudah je. Kesian pembeli tau. Peniaga pon cari rezeki biar lah ikhlas. Jangan semata-mata pikir untung je tapi satu barang pon tarak apa, hampeh ! Kebersihan pon perlu diutamakan ! Makanan tu kan masuk badan kita bila kita makan. Sape sape yang makan makanan basi mesti kena akibatnya. So, di mana hak pembeli ? Pihak berkuasa dan peniaga mestilah mainkan peranan dalam tangani kes ni. Jangan lepas tangan ! Isu ni pon boleh jadi kes serius. Harap lepas ni pembeli kena berhati-hati jugak bila beli makanan kat mana-mana, bukan kat bazar je. Tengok dulu kualiti makanan dan kebersihan kedai/gerai tu, okay ? ;)
No comments:
Post a Comment