Rezeki Dalam Hidup Kita Berbeza-Beza....
Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.
Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.
Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al-Quran.
Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.
Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.
Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.
Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.
Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.
Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al-Quran.
Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.
Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.
Hakikatnya, Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang-kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.
Alhamdulillah, semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al-Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al-Quran walaupun sekali dalam hidup dia.
Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, In Syaa Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.
Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.
Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.
Muhasabah diri sendiri...
Thursday, June 30, 2016
Baiknya hatimu :)
Satu lagi cerita pasal orang non-muslim tolong orang muslim kita. Allah, baik sungguh hati uncle Kuan Chee Heng ni. ;)
“KITA perlu amalkan sikap tolong-menolong tanpa mengira agama dan bangsa.”
Itulah nilai murni yang boleh dikaitkan dengan 'Mr Kuan' seorang insan yang sanggup menolong sebuah keluarga berlainan agama yang hidup susah.
Kuan Chee Heng kini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia selepas beberapa keping gambarnya berbuka puasa bersama sebuah keluarga yang susah menjadi viral di media sosial.
Menerusi akaun Facebooknya, Kuan berkongsi kisah bagaimana seorang ibu yang mempunyai lapan orang anak masih belum berbuka puasa, meskipun jam sudah menunjukkan 8.30 malam.
“Lapan adik beradik ditinggal ayah bersama ibu. Hidup dalam gelap gelita, api dipotong dan air dipotong.
“Jam sudah 8.30 malam masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh dimakan. Saya menjemput mereka semua untuk makan. Bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan,” tulisnya.
Status Kuan itu berjaya mendapat hampir 30 ribu likes dan dikongsi lebih dari 15 ribu kali.

Walaupun berlainan bangsa, sikap prihatin yang ditunjukkan Kuan nyata menimbulkan rasa terharu orang ramai.
Netizen memuji tindakan Kuan yang cukup ikhlas untuk menolong tanpa mengira agama, apatah lagi pada bulan yang cukup suci ini.
Tambah mereka, tindakan Kuan patut dicontohi oleh rakyat kerana ia melambangkan keharmonian negara ini.

Dalam status terbaharu, Kuan menyatakan bahawa pemilik rumah yang disewa keluarga itu telah memberi tempoh masa untuk mereka tinggal sehinggalah mereka mendapat rumah zakat.
Bil air dan api rumah keluarga ini juga akan dilangsaikan setelah mereka mendapat kutipan zakat.
Malah, Zakat Selangor turut berjanji akan memberi bantuan secepat mungkin.
Alhamdulillah. Thank you, uncle Kuan Chee Heng ! May God bless you and your family ! ;)
Makanan basi pon nak jual ke ? :O
Hai Assalamualaikum ! :)
Bulan-bulan puasa ni korang pernah tak pergi beli makanan berbuka kat bazar ? Mesti pernah kan ? Takkan korang masak kat bilik kot. Kalau masak, tu dikira melanggar peraturan kolej tu. Haip ! Patut laa aras kat blok saya asyik blackout je. Hehe eh tak tak bukan marah awak laaa. Marah budak aras saya yang masak ni haaa.
Back to the topic, kalau beli makanan kat bazar, korang pernah tak beli makanan yang dah basi ? Tak pernah ? Pernah ? Kesiannyaaaa :(
Alhamdulillah setakat ni saya beli makanan kat bazar kat Shell Petronas tu, tak pernah lagi beli makanan basi. Beli makanan tak sedap pernah laaa. Hekhekhek ehhh Astaghfirullah tak bersyukur betoi Nabilah ni. Mujur ada makanan. Say what ? Alhamdulillah :)
Tapi kesian jugak kat orang yang pernah terkena beli makanan basi ni. Baca laa korang. Saya jumpa kat sini je.
HULU TERENGGANU: "Beli kue (kuih) basi, beli lauk basi, berat66 sungguhlah (teruk betul)".
Itu antara status yang dimuat naik seorang pengunjung bazar Ramadan di laman sosial Facebook kumpulan di daerah ini, setelah kecewa dengan sikap peniaga di bazar Ramadan Kuala Berang yang menjual juadah basi.
Status yang dimuat naik pengguna menggunakan nama Laksa Laksam pada Khamis lalu itu mendapat 176 'likes' dan turut menerima lebih 50 komen yang menyokongnya dan turut meluahkan nasib yang sama dialami mereka.
Pengguna Facebook Cik Nisa yang turut mengutarakan komen di status Laksa Laksam berkata beliau juga berasa terkilan apabila kuih yang dibelinya basi.
"Semalam beli kuih pun basi. Murtabak pun xsdap(tidak sedap). Ayam golek pun xtau(tak tahu) la ble (bila) punya. Mmg (memang) frust (kecewa) gak (jugak) la," katanya.
Seorang lagi pembeli, Meq Shaa berkata beliau terpaksa berulang-alik ke tandas kerana cirit birit setelah makan nasi yang dibeli dari bazar berkenaan.
"Mmg (memang) pun sy (saya) pun beli nasi lauk perangat (dihangatkan kembali) wase (rasa).....sari (sehari) sapa(sampai) ke subuh skit(sakit) perut kuo(keluar) toilet...mutoh (muntah) siap....bhaye (bahaya) molek (betul) jual makanan gtu(macam tu)...klu (kalau) kene (kena) ke budok kecik sian(kesian) la," katanya.
Seorang lagi pengguna, Aisyah Aziz turut memuat naik status pada hari yang sama meluahkan rasa kesalnya apabila air soya yang dibelinya turut basi.
"Beli air soya bazar basi..hok(yang) bila xtau(tak tahu)..kenat (khianat) nguh (sungguh)," katanya.
Status tersebut turut mendapat 150 'likes' dan 97 komen yang menyokongnya.
Semalam, seorang pengguna facebook Zainab Zainab turut memuat naik status apabila ketupat yang dibelinya untuk dibawa ke surau basi dan status tersebut dikongsikan anaknya Ameera Syahida di Facebook kumpulan daerah ini.
"Petang ni..beli ketupat sambal..pasar Ramadan..Nyer (Dia) campur hok (yang) basi ngn (dengan) molek..dah la kita beli byok (banyak) nk (nak) wat (buat) g(pergi) surau..watpe (kenapa) la..perangai manusia ni.tidak ikut hukum tuhan berjual beli...bertaubatlah ...lain kali jgn (jangan) la wat (buat) gni(begini) lagi," katanya.
Status tersebut turut menarik perhatian 112 pengguna Facebook.
Zuaya Zuwa berkata cerita makanan basi di bazar daerah berkenaan bukan perkara baharu malah hampir setiap tahun perkara serupa terjadi hingga membuatkan beliau serik untuk ke bazar berkenaan.
"Tiap2 (setiap) tahun mesti ada kes makanan basi kat Kuala Berang..tu lah (itulah) ambe (saya) dok (tak) minat gi (pergi) bazar ramadan..baik beli kg (kampung)..dah (sudah) lah murah," katanya.
Sementara itu, Matleq Dcni memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana bimbang perkara tersebut akan berlarutan disebabkan ramai pengguna yang terkena nasib yang sama.
"Aii ramai dh (dah) kene (terkena) nie..bru (baru-baru) ni (ini) ambe(saya) dah kena...rojak ayam...saing (kawan) ambe (saya) air soya..basi blake (semua)...ambik (ambil) tindakan la pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di bazar berkenaan sejak dua hari lalu mendapati terdapat lambakan lauk serta kuih muih yang tidak dapat dijual sesetengah peniaga walaupun sudah masuk waktu berbuka berikutan cuaca hujan.
Mungkin ada sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah dengan menjual kembali makanan yang tidak habis dijual itu pada keesokan harinya untuk mengelak pembaziran.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar kejadian yang pernah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas keracunan makanan akibat memakan ayam goreng di pasar malam di dearah ini dua tahun lalu, tidak berulang.
Masha Allah, sampai meninggal budak tu sebab keracunan makanan. Siapa yang patut dipersalahkan dan bertanggungjawab ? Penjual pon jangan ambil mudah je. Kesian pembeli tau. Peniaga pon cari rezeki biar lah ikhlas. Jangan semata-mata pikir untung je tapi satu barang pon tarak apa, hampeh ! Kebersihan pon perlu diutamakan ! Makanan tu kan masuk badan kita bila kita makan. Sape sape yang makan makanan basi mesti kena akibatnya. So, di mana hak pembeli ? Pihak berkuasa dan peniaga mestilah mainkan peranan dalam tangani kes ni. Jangan lepas tangan ! Isu ni pon boleh jadi kes serius. Harap lepas ni pembeli kena berhati-hati jugak bila beli makanan kat mana-mana, bukan kat bazar je. Tengok dulu kualiti makanan dan kebersihan kedai/gerai tu, okay ? ;)
Kebebasan Agama : Sikh pon tolong orang Islam ?
Assalamualaikum dan Hai semua !
Hari ni dah masuk hari yang ke-25 dah kita umat Islam berpuasa. Semua puasa penuh ke ? Haaaaa mesti ada yang lubang-lubang tuuu. Ihiks :P
Entry kali ni saya tertarik dengan isu rakyat Malaysia yang non-muslim yang turut bersama-sama agihkan makanan untuk pemandu Muslim dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa. Bagus kan dorang ?
Isu ni saya jumpa kat sini.
| Perlis, Malaysia | 28 June 2016 | Asia Samachar |
Father-son pair of Perlis Rotarians were in the thick of action distributing packets of food for Muslim motorists on their way back to break fast in the Malaysian state bordering southern Thailand.
![]() |
Father-son Sikh pair join distribution of food packets for buka puasa in Perlis |
Jagjit Singh, a legal consultant and a volunteer policemen, and his son Taranjit Singh, took part in the activity that also attracted the presence of Perlis Menteri Besar Azlan Man.
“This is the first time we did it,” Taranjit, a final year physiotherapy student at Asia Institute of Medical, Science and Technology (AIMST), told Asia Samachar.
Breaking of fast in Malay is berbuka puasa.
The programme today was organised by the Perlis Manchester United Club along with eight non-governmental organisations (NGOs).
Taranjit, 26, is in charge of the youth in Rotarian Perlis.
![]() |
Father-son Sikh pair join distribution of food packets for buka puasa in Perlis |
So, apa pandangan korang pasal ni ? Bagi saya sendiri, ini menunjukkan rasa hormat dan keprihatinan orang non-muslim kepada orang muslim. Dalam erti lain, ia berkait rapat dengan isu kebebasan agama di negara kita. Rakyat Malaysia ni kan terdiri daripada pelbagai kaum, agama, keturunan, etnik iaitu orang Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain.
Namun, Malaysia berjaya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum ini malah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan negara kerana kemajmukan itu dijadikan sebagai sumber kekuatan negara. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kemajmukan itu menjadi batu asas kepada kemakmuran Malaysia.
Maka, rakyat Malaysia telah menerima kemajmukan (plurality) sebagai asas atau platform malah menjamin kebebasan agama kepada warga Malaysia agar rakyat berbilang kaum, keturunan dan agama dapat hidup aman damai. Kebebasan agama juga didapati tercatit dengan jelasnya dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi teras pentadbiran kerajaan Malaysia. Malah bukan itu sahaja, kebebasan agama juga terdapat dalam Fasal 25 dalam Piagam Madinah.
Wednesday, June 29, 2016
Kebebasan, hak asasi melampau sekat pembangunan
KUALA LUMPUR - Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan dan hak asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat keseluruhannya.
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah.
Kalau dahulu kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia.
Jadi kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.
Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara di samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun yang lepas.
Pengaruh Barat
Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana negara dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat.
Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil tertentu berbanding kepentingan umum.
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi.
Contohnya isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya.
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT).
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman dianggap setara, sama benar dan sah.
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat.
Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat dan budaya serta berpegang kepada agama.
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian kemerdekaan dan tamadun yang dibina.
Hak asasi perlu sekatan
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya.
Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan itu sendiri.
Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan buruk.
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada," menurut Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
Ia harus menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain.
Ujarnya, walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina.
"Kerana itu selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi.
"Had ini harus diletakkan dalam budaya, adat sopan kita seperti hormat menghormati antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri terpenting," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Kematangan dan jati diri
Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini, katanya.
Beliau berkata, British sendiri tidak pernah memaksa kita menggunakan undang-undang mereka, seperti Undang-undang Sivil pada tahun 1956 yang merujuk undang-undang yang sama di England yang diamalkan di British.
Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu harus diterima sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini.
"Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.
"Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula... adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini?," katanya.
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat dihindari kerana ia adalah lumrah alam.
"Kematangan dan jati diri yang dapat menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar.
"Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin, katanya.
Pentingnya agama
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri.
Shamrahayu berkata, kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu.
"Kita akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu," katanya.
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa, katanya.
"Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika.
"Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak akan bersengketa," katanya.
Emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan persengketaan serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan yang ada.
Undang-undang sebagai perisai
Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi.
Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada sesebuah negara.
Menurut Shamrahayu, apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan.
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948.
Sumbangan Akta Hasutan sangat jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya.
Beliau berkata sebaik mungkin individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu menjaganya, maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan melampau.
Ujarnya tidak perlu menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini.
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia.
"Sentimen bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat.
Mereka di sana (barat) sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di sini lagi kekal dan kukuh.
"Kerana moral itulah, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat," katanya. -
Sumber : Sinar Harian

Tuesday, June 28, 2016
Kerajaan rancang hanya doktor wanita sambut kelahiran bayi
Hai Assalamualaikum :)
Semalam sis ada terbaca pasal mende ni kat twitter. Macam bagus pulak rancangan kerajaan ni kan. Saya sebagai wanita Islam menyokong 100% rancangan kerajaan yang mana hanya doktor wanita sahaja yang sambut kelahiran bayi. Bukan apa, walaupun sis tak beranak lagi, tapi bila dengar cerita-cerita dari mak-mak, makcik-makcik sepupu perempuan kat kampung, sis pulak yang risau nak beranak nanti. Kot-kot doktor lelaki yang sambut kelahiran kan. Risau jugak walaupun tahu itu dalam keadaan darurat. Jadi saya harap rancangan kerajaan yang ini berjaya dilaksanakan supaya aurat wanita Islam terpelihara. Jadi, cadangan saya mungkin doktor lelaki boleh bertugas untuk isteri yang bukan Islam :)
Walau bagaimanapun, rancangan berkenaan belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), katanya kepada pemberita di Balik Pulau semalam.
"Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.
"Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut," katanya yang dipetik Bernama selepas menyampaikan bantuan hamper dan duit raya kepada 50 pesakit di Hospital Balik Pulau.
Pada tahun 2013, Kementerian Kesihatan menerima petisyen untuk membenarkan hanya doktor dan jururawat wanita di bilik dan wad bersalin demi menjaga maruah dan aurat pesakit wanita, khususnya yang beragama Islam.
Petisyen itu menggesa kementerian untuk memberi insentif kepada wanita untuk mengkhusus dalam bidang obstetrik dan ginekologi, dan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai perubatan mengenai keperluan menjaga aurat semasa melahirkan anak.
Sumber : malaysiakini
Penulisan ini hanya pendapat sis sahaja. Jangan kecam sis. Korang pon boleh bagi pendapat/pandangan korang kat bahagian komen :)
Mahatma Gandhi's Quotes
Hai Assalamualaikum ! ;)
Previous entry saya ada share pasal Mahatma Gandhi kan ? So, kali ni saya nak share pulak pasal kata-kata daripada Mahatma Gandhi sendiri yang saya kira dapat memberi kita aura, nasihat dan semangat untuk diri kita sendiri. Semoga kata-kata daripada tokoh besar dunia ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Quote 1
“When it (violence) appears to do good, the good is only temporary; the evil it does is permanent.”
Quote 2
Quote 3
"Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony."
Quote 4
Bila saya baca quote di atas ini, saya teringat pada ajaran Islam di mana Islam sendiri mengajar kita untuk diam ketika kita sedang dalam keadaan marah.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Quote 5
"Hate the sin, love the sinner."
Quote 6
Quote 7
"Victory attained by violence is tantamount to a defeat, for it is momentary."
Quote 8
Quote 9
"The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong."
Saya tertarik dengan Quote 9 ni. It reminds me about apologizing does not always mean that you're wrong and the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego. The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest. The first to forget is the happiest.
Quote 10
Mahatma Gandhi
Assalamualaikum and hye everyone ! :)
Today, I want to share with everyone about one of the great figures in the world, Mahatma Gandhi. So, feel free to read about him. Please enjoy reading it ! :)
Mohandas Karamchand Gandhi, more commonly known as ‘Mahatma’ (meaning ‘Great Soul’) was born in Porbandar, Gujarat, in North West India, on 2nd October 1869, into a Hindu Modh family. His father was the Chief Minister of Porbandar, and his mother’s religious devotion meant that his upbringing was infused with the Jain pacifist teachings of mutual tolerance, non-injury to living beings and vegetarianism.
![]() |
When he was young. Handsome, right ? ^__^ |
Born into a privileged caste, Gandhi was fortunate to receive a comprehensive education, but proved a mediocre student. In May 1883, aged 13, Gandhi was married to Kasturba Makhanji, a girl also aged 13, through the arrangement of their respective parents, as is customary in India. Following his entry into Samaldas College, at the University of Bombay, she bore him the first of four sons, in 1888. Gandhi was unhappy at college, following his parent’s wishes to take the bar, and when he was offered the opportunity of furthering his studies overseas, at University College London, aged 18, he accepted with alacrity, starting there in September 1888.
Determined to adhere to Hindu principles, which included vegetarianism as well as alcohol and sexual abstinence, he found London restrictive initially, but once he had found kindred spirits he flourished, and pursued the philosophical study of religions, including Hinduism, Christianity, Buddhism and others, having professed no particular interest in religion up until then. Following admission to the English Bar, and his return to India, he found work difficult to come by and, in 1893, accepted a year’s contract to work for an Indian firm in Natal, South Africa.
On his return to India in 1916, Gandhi developed his practice of non-violent civic disobedience still further, raising awareness of oppressive practices in Bihar, in 1918, which saw the local populace oppressed by their largely British masters. He also encouraged oppressed villagers to improve their own circumstances, leading peaceful strikes and protests. His fame spread, and he became widely referred to as ‘Mahatma’ or ‘Great Soul’.
As his fame spread, so his political influence increased: by 1921 he was leading the Indian National Congress, and reorganising the party’s constitution around the principle of ‘Swaraj’, or complete political independence from the British. He also instigated a boycott of British goods and institutions, and his encouragement of mass civil disobedience led to his arrest, on 10th March 1922, and trial on sedition charges, for which he served 2 years, of a 6-year prison sentence.
The Indian National Congress began to splinter during his incarceration, and he remained largely out of the public eye following his release from prison in February 1924, returning four years later, in 1928, to campaign for the granting of ‘dominion status’ to India by the British. When the British introduced a tax on salt in 1930, he famously led a 250-mile march to the sea to collect his own salt. Recognising his political influence nationally, the British authorities were forced to negotiate various settlements with Gandhi over the following years, which resulted in the alleviation of poverty, granted status to the ‘untouchables’, enshrined rights for women, and led inexorably to Gandhi’s goal of ‘Swaraj’: political independence from Britain.
Gandhi suffered six known assassination attempts during the course of his life. The first attempt came on 25th June 1934, when he was in Pune delivering a speech, together with his wife, Kasturba. Travelling in a motorcade of two cars, they were in the second car, which was delayed by the appearance of a train at a railway level crossing, causing the two vehicles to separate. When the first vehicle arrived at the speech venue, a bomb was thrown at the car, which exploded and injured several people. No investigations were carried out at the time, and no arrests were made, although many attribute the attack to Nathuram Godse, a Hindu fundamentalist implacably opposed to Gandhi’s non-violent acceptance and tolerance of all religions, which he felt compromised the supremacy of the Hindu religion. Godse was the person responsible for the eventual assassination of Gandhi in January 1948, 14 years later.
During the first years of the Second World War, Gandhi’s mission to achieve independence from Britain reached its zenith: he saw no reason why Indians should fight for British sovereignty, in other parts of the world, when they were subjugated at home, which led to the worst instances of civil uprising under his direction, through his ‘Quit India’ movement. As a result, he was arrested on 9th August 1942, and held for two years at the Aga Khan Palace in Pune. In February 1944, 3 months before his release, his wife Kasturbai died in the same prison.
May 1944, the time of his release from prison, saw the second attempt made on his life, this time certainly led by Nathuram Godse, although the attempt was fairly half-hearted. When word reached Godse that Gandhi was staying in a hill station near Pune, recovering from his prison ordeal, he organised a group of like-minded individuals who descended on the area, and mounted a vocal anti-Gandhi protest. When invited to speak to Gandhi, Godse declined, but he attended a prayer meeting later that day, where he rushed towards Gandhi, brandishing a dagger and shouting anti-Gandhi slogans. He was overpowered swiftly by fellow worshippers, and came nowhere near achieving his goal. Godse was not prosecuted at the time.
Four months later, in September 1944, Godse led a group of Hindu activist demonstrators who accosted Gandhi at a train station, on his return from political talks. Godse was again found to be in possession of a dagger that, although not drawn, was assumed to be the means by which he would again seek to assassinate Gandhi. It was officially regarded as the third assassination attempt, by the commission set up to investigate Gandhi’s death in 1948.
The British plan to partition what had been British-ruled India, into Muslim Pakistan and Hindu India, was vehemently opposed by Gandhi, who foresaw the problems that would result from the split. Nevertheless, the Congress Party ignored his concerns, and accepted the partition proposals put forward by the British.
The fourth attempt on Gandhi’s life took the form of a planned train derailment. On 29th June 1946, a train called the ‘Gandhi Special’, carrying him and his entourage, was derailed near Bombay, by means of boulders, which had been piled up on the tracks. Since the train was the only one scheduled at that time, it seems likely that the intended target of derailment was Gandhi himself. He was not injured in the accident. At a prayer meeting after the event Gandhi is quoted as saying:
“I have not hurt anybody nor do I consider anybody to be my enemy, I can’t understand why there are so many attempts on my life. Yesterday’s attempt on my life has failed. I will not die just yet; I aim to live till the age of 125.”
Sadly, he had only eighteen months to live.
![]() |
Although he was old, he still handsome :) |
Placed under increasing pressure, by his political contemporaries, to accept Partition as the only way to avoid civil war in India, Gandhi reluctantly concurred with its political necessity, and India celebrated its Independence Day on 15th August 1947. Keenly recognising the need for political unity, Gandhi spent the next few months working tirelessly for Hindu-Muslim peace, fearing the build-up of animosity between the two fledgling states, showing remarkable prescience, given the turbulence of their relationship over the following half-century.
Unfortunately, his efforts to unite the opposing forces proved his undoing. He championed the paying of restitution to Pakistan for lost territories, as outlined in the Partition agreement, which parties in India, fearing that Pakistan would use the payment as a means to build a war arsenal, had opposed. He began a fast in support of the payment, which Hindu radicals, Nathuram Godse among them, viewed as traitorous. When the political effect of his fast secured the payment to Pakistan, it secured with it the fifth attempt on his life.
On 20th January a gang of seven Hindu radicals, which included Nathuram Godse, gained access to Birla House, in Delhi, a venue at which Gandhi was due to give an address. One of the men, Madanla Pahwa, managed to gain access to the speaker’s podium, and planted a bomb, encased in a cotton ball, on the wall behind the podium. The plan was to explode the bomb during the speech, causing pandemonium, which would give two other gang members, Digambar Bagde and Shankar Kishtaiyya, an opportunity to shoot Gandhi, and escape in the ensuing chaos. The bomb exploded prematurely, before the conference was underway, and Madanla Pahwa was captured, while the others, including Godse, managed to escape.
Pahwa admitted the plot under interrogation, but Delhi police were unable to confirm the participation and whereabouts of Godse, although they did try to ascertain his whereabouts through the Bombay police.
After the failed attempt at Birla House, Nathuram Godse and another of the seven, Narayan Apte, returned to Pune, via Bombay, where they purchased a Beretta automatic pistol, before returning once more to Delhi.
On 30th January 1948, whilst Gandhi was on his way to a prayer meeting at Birla House in Delhi, Nathuram Godse managed to get close enough to him in the crowd to be able to shoot him three times in the chest, at point-blank range. Gandhi’s dying words were claimed to be “Hé Rām”, which translates as “Oh God”, although some witnesses claim he spoke no words at all.
When news of Gandhi’s death reached the various strongholds of Hindu radicalism, in Pune and other areas throughout India, there was reputedly celebration in the streets. Sweets were distributed publicly, as at a festival. The rest of the world was horrified by the death of a man nominated five times for the Nobel Peace Prize.
Godse, who had made no attempt to flee following the assassination, and his co-conspirator, Narayan Apte, were both imprisoned until their trial on 8th November 1949. They were convicted of Gandhi’s killing, and both were executed, a week later, at Ambala Jail, on 15th November 1949. The supposed architect of the plot, a Hindu extremist named Vinayak Damodar Savarkar, was acquitted due to lack of evidence.
Gandhi was cremated as per Hindu custom, and his ashes are interred at the Aga Khan’s palace in Pune, the site of his incarceration in 1942, and the place his wife had also died.
Gandhi's memorial bears the epigraph “Hé Rām” (“Oh God”) although there is no conclusive proof that he uttered these words before death.
Although Gandhi was nominated for the Nobel Peace Prize five times, he never received it. In the year of his death, 1948, the Prize was not awarded, the stated reason being that “there was no suitable living candidate” that year.
Gandhi's life and teachings have inspired many liberationists of the 20th Century, including Dr. Martin Luther King in the United States, Nelson Mandela and Steve Biko in South Africa, and Aung San Suu Kyi in Myanmar.
His birthday, 2nd October, is celebrated as a National Holiday in India every year.
Henti viral gambar lama - ANIH Berhad
Hai Assalamualaikum ! :)
So, kali ni sis nak bagitau pasal isu tumpaham minyak kat LPT. Bahaya tu ! Jalan licin. Memandangkan sis pon guna laluan LPT ni time nak balik kampung, so sis pon kena laa share kat pengguna-pengguna LPT yang lain. Sharing is caring, right ? ;)
Tadi, time sis scroll twitter, terbaca laa pasal berita ni. Nah, boleh laa kamu-kamu semua baca. Sumber kat Berita Harian (BH).
------------------------------
Ketua Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Fazlyaton Hussein berkata, tindakan pihak terbabit menviralkan kembali gambar berkenaan sangat dikesali dan tidak bertanggungjawab.
"Kami ingin tegaskan bahawa gambar diviralkan di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp itu adalah gambar lokasi kejadian tumpahan minyak tahun lalu.
"Ada pihak yang mungkin ada niat tertentu menyebarkan kembali gambar sama sekitar April lalu dan kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
"ANIH Berhad sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna LPT dan meminta orang ramai yang akan menggunakan lebuh raya ini sepanjang musim perayaan Aidilfitri minggu depan mengikuti laporan rasmi dan perkembangan terkini trafik melalui akaun Twitter LPTTrafik dan FB Lebuhraya Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Difahamkan gambar bersama status mendakwa ada pihak menyimbah minyak dengan sengaja di LPT mula tersebar di FB, Jumaat lalu dan mula dikongsi pengguna laman sosial berkenaan.
So, apa pendapat korang pasal isu ni ? It's very concern to us right ? Ramai kot pengguna-pengguna LPT ni lagi-lagi time nak raya ni. Semua orang nak balik kampung beraya dengan family masing-masing.
As for me, tak kisah laa isu ni isu lama ke, isu baru ke, tapi isu ni boleh membahayakan pengguna LPT yang lain kot. Sebelum ni pon dah banyak kes-kes kemalangan yang berlaku di LPT. Mengenai dakwaan ada pihak menyimbah minyak dengan sengaja di LPT tu pon memang satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Daripada simbah minyak kat LPT, baik kau jual minyak tu. Dapat jugak hasil boleh buat belanja. Sis pon tak faham dengan sikap segelintir pihak yang tak bertanggungjawab yang sanggup buat kerja ni. Apa hak mereka berkelakuan seperti itu ? Apa pula hak pengguna jalan raya yang lain ? Tepuk dada, tanya hati.
Saya doakan semua pengguna LPT selamat sampai ke destinasi masing-masing. Berhati-hati di jalan raya. Jangan bawak kereta laju-laju sangat. Kalau mengantuk, berhenti ! Jangan paksa drive. Ingatlah orang yang tersayang ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)